Monday, February 1, 2010

ORCHID

Aku terlepas pandang pada bunga yang menjadi kegemaran golongan bercitarasa tinggi dan golongan kaya itu. Ianya bunga yang tahan lama cantik tetapi kenapa aku boleh melupakannya. Malah aku tak pernah ada walau sepokok pun jua.
Biasanya orchid ada nama tersendiri yang telah didaftarkan. Malah kalau nama seseorang tokoh telah didaftarkan pada satu jenis orchid dah tak boleh dinamakan ke orchid yang lain. Itu maklumat lama dulu aku dengar. Kalau tersilap cerita sorrylah.
Parnah zaman sekolah dulu seorang cina mahukan orchid desa yang tumbuh atas pokok manggis dan terpaksalah aku memanjat dan mengambil untuknya. Jelaslah orchid memang jadi kegemaran sesetengah golongan yang bercitarasa tinggi seperti tingginya orchid atau anggerik desa itu.
Apa pun aku belum teruja untuk memilikinya. Mungkin kerana tak pandai jaga, harganya mahal atau apa ajelah. Yang pasti apa pun jenis bunga memang cantik. Dan paling pasti bunga ros tetap pilihan pertama aku demipun ada duri dan sering mencakar tanganku.
Mungkinlah aku akan membela orchid atau terpaksa bela orchid kalau ada orang hadiahkan untukku. Yang nyata tak akan ada orang nak hadiahkan orchid untuk aku pulak.

































































































































































No comments:

Post a Comment